Khamis, 11 Mei 2017

PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2017

                                                   Assalammualaikum


Alhamdulillah dapat pun merajinkan diri untuk menaip.Harap berterusan sampai hari seterusnya.Okey dalam entri hari tu aku ada sebut pasal PBAKL kan..Dah melabuhkan tirai pun Ahad lepas.Urmm pelbagai ragam dari status Facebook yang rata ratanya dari sahabat dan penulis muncul di newsfeed aku. Ada yang gembira dapat jumpa penulis kesayangan.Ada yang rambang mata bermacam buku yang nak di beli.tambah lagi dengan diskaun yang berbaloi baloi.juling biji mata tau.seronok je tengok walaupun sekadar gambar.hehe.Di samping gembira ada jugak status sentap.Biasa la tu penat bersesak dengan angkut buku kot..dengar ada yang nak borong buku stok tak mencukupi,ada kuota kalau nak beli,staff kurang mesra la.bermacam lagi la kalau cerita berbulan tak habis.haha

 Tu baru dari status ragam.ada juga yang mengatakan pengunjung makin berkurang ke PBAKL..kiraan mengikut 2 tahun lepas (2015 & 2016) nampak berlaku pengurangan yang ketara pada tahun ni.Dari 2,749,119(2015),2,245,599(2016) turun kepada 1,813,138(2017).Satu jumlah yang agak besar.Bagi pandangan aku antara sebabnya kekangan masa.kemungkinan kalau di buat pada hujung tahun atau masa cuti sekolah boleh jadi ramai berpeluang nak pergi.keadaan cuaca pun boleh jadi satu sebabnya.dah selesai shopping banyak buku nak balik tetiba hujan lebat.lagi sadis kalau naik bas atau teksi..sikit sebanyak mood tu memang hilang.penyebab paling ketara adalah kekangan bajet.ni yang pastinya sebab aku yang tak pergi pun terasa sama.banyak benda nak di dahulukan.tambahan lagi bulan puasa nak dekat.kang belanja sakan kat buku mengikat perut pulak masa puasa nanti.

 Sejujurnya aku tak pernah pun sampai ke PBAKL.pesta buku area Sabah je aku pernah pergi.PWTC pun tak pernah jejak langsung.sedih betul hidup aku ni.Niat tahun depan nak pergi jugak.Tak dapat pergi pun ada jugak la aku order beberapa buah novel.harga pun sama macam kat sana.terubat la sikit kesedihan tu.chewahh.Dah sampai novel tu nanti aku cerita kat entri lain.

      #Kredit untuk abang Naim Tamdjis atas kiraan jumlah pengunjung di PBAKL tu..



 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan