Novel Angker
Assalammualaikum..
Aku dah baca novel ni 2 tahun lepas.sementara menunggu novel yang di order sampai terus capai novel ni kat rak buku aku.nak review lebih lebih aku tak berapa tahu sangat.hehe.Novel ni ada 2 kisah dari 2 penulis wanita yang memang menarik kisahnya.
TAJUK: ANGKER
TERBITAN: CUTE KREATIF (2015)
JUMLAH MUKASURAT: 284
2 cerita yang menarik..Sihir cinta & Ku seru..Sihir cinta mengisahkan tentang Elly yang mengamalkan ilmu hitam demi kepentingannya sendiri.berkahwin dengan Hazrul anak tirinya supaya dia sentiasa kekal muda.Hazrul dapat tau dia terjebak dengan perangkap Elly atas pertolongan Khadeja,wanita yang dia cintai dan terus pergi berubat dengan Imam Hamdan,kawan karib datuknya.tapi tak lama Hazrul & Khadeeja di ganggu semula selepas mereka berkahwin.banyak juga watak yang berkait dalam cerita ni..ada juga part yang wataknya tertukar.baca cerita ni seakan aku baca cerita seram ala 90an..okey la aku bagi 3 ☆☆☆
Ku seru..rasa macam tak puas je baca kisah ni.tentang Danish yang kematian Erin,teman wanitanya akibat kemalangan semasa berlumba motor.masa tu danish ternampak wanita cantik melintas yang mengakibatkan terjadinya kemalangan tu.Danish jadi nanar rindukan Erin..dan satu malam tu dia terdengar bisikan yang dapat menghidupkan Erin semula.tetapi bersyarat..syaratnya Erin tak boleh tengok dan mencium bau darah.Danish setuju dan berkahwin dengan Erin..selepas 2 tahun berkahwin pantang larang yg sepatutnya Erin ikut di langgar akibat kesilapan Danish..Erin hilang masa mengemas barang² basah di dapur.Danish terpaksa memuja balik untuk dapatkan Erin semula.masa tu juga la Danish hilang sampai bertahun lamanya.banyak persoalan cerita ni.dapat tak Ustaz Adli,sepupu Danish & Pak Rohmad menjejaki Danish?apa kaitanya pemujaan Danish dengan kisah lampau Yang Telani?siapa tu Yang Telani?dan kenapa wanita cantik tu tiba tiba muncul dan mengakibatkan Danish kemalangan?apa pun pengajaran yang dapat dalam cerita ni jangan sesekali nak menyekutukan Allah & perbuatan khurafat yang akan menyusahkan diri sendiri bila kita lakukan.untuk cerita ni aku bagi 4 ☆☆☆☆
Assalam encik,
BalasPadamMaaf nak tanya..encik masih miliki naskhah ini lagi?sy sgt berminat utk jadikannya sebagai koleksi..tp malangnya telah habis dijual ketika pesta buku di pwtc..encik nak let go tak? Kalau berminat nak jual, mohon hubungi email sy: faedzah85@gmail.com. Terima kasih. Salam perkenalan ☺
Waalaikummusalam.Salam perkenalan juga sis Noorul.faedzah.maaf saya tak jual novel ni.hehehe.memang edisi terhad novel ni. =)
Padam