Selasa, 7 November 2017
Jumaat, 12 Mei 2017
Novel Angker
Assalammualaikum..
Aku dah baca novel ni 2 tahun lepas.sementara menunggu novel yang di order sampai terus capai novel ni kat rak buku aku.nak review lebih lebih aku tak berapa tahu sangat.hehe.Novel ni ada 2 kisah dari 2 penulis wanita yang memang menarik kisahnya.
TAJUK: ANGKER
TERBITAN: CUTE KREATIF (2015)
JUMLAH MUKASURAT: 284
2 cerita yang menarik..Sihir cinta & Ku seru..Sihir cinta mengisahkan tentang Elly yang mengamalkan ilmu hitam demi kepentingannya sendiri.berkahwin dengan Hazrul anak tirinya supaya dia sentiasa kekal muda.Hazrul dapat tau dia terjebak dengan perangkap Elly atas pertolongan Khadeja,wanita yang dia cintai dan terus pergi berubat dengan Imam Hamdan,kawan karib datuknya.tapi tak lama Hazrul & Khadeeja di ganggu semula selepas mereka berkahwin.banyak juga watak yang berkait dalam cerita ni..ada juga part yang wataknya tertukar.baca cerita ni seakan aku baca cerita seram ala 90an..okey la aku bagi 3 ☆☆☆
Ku seru..rasa macam tak puas je baca kisah ni.tentang Danish yang kematian Erin,teman wanitanya akibat kemalangan semasa berlumba motor.masa tu danish ternampak wanita cantik melintas yang mengakibatkan terjadinya kemalangan tu.Danish jadi nanar rindukan Erin..dan satu malam tu dia terdengar bisikan yang dapat menghidupkan Erin semula.tetapi bersyarat..syaratnya Erin tak boleh tengok dan mencium bau darah.Danish setuju dan berkahwin dengan Erin..selepas 2 tahun berkahwin pantang larang yg sepatutnya Erin ikut di langgar akibat kesilapan Danish..Erin hilang masa mengemas barang² basah di dapur.Danish terpaksa memuja balik untuk dapatkan Erin semula.masa tu juga la Danish hilang sampai bertahun lamanya.banyak persoalan cerita ni.dapat tak Ustaz Adli,sepupu Danish & Pak Rohmad menjejaki Danish?apa kaitanya pemujaan Danish dengan kisah lampau Yang Telani?siapa tu Yang Telani?dan kenapa wanita cantik tu tiba tiba muncul dan mengakibatkan Danish kemalangan?apa pun pengajaran yang dapat dalam cerita ni jangan sesekali nak menyekutukan Allah & perbuatan khurafat yang akan menyusahkan diri sendiri bila kita lakukan.untuk cerita ni aku bagi 4 ☆☆☆☆
Khamis, 11 Mei 2017
PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2017
Assalammualaikum
Alhamdulillah dapat pun merajinkan diri untuk menaip.Harap berterusan sampai hari seterusnya.Okey dalam entri hari tu aku ada sebut pasal PBAKL kan..Dah melabuhkan tirai pun Ahad lepas.Urmm pelbagai ragam dari status Facebook yang rata ratanya dari sahabat dan penulis muncul di newsfeed aku. Ada yang gembira dapat jumpa penulis kesayangan.Ada yang rambang mata bermacam buku yang nak di beli.tambah lagi dengan diskaun yang berbaloi baloi.juling biji mata tau.seronok je tengok walaupun sekadar gambar.hehe.Di samping gembira ada jugak status sentap.Biasa la tu penat bersesak dengan angkut buku kot..dengar ada yang nak borong buku stok tak mencukupi,ada kuota kalau nak beli,staff kurang mesra la.bermacam lagi la kalau cerita berbulan tak habis.haha
Tu baru dari status ragam.ada juga yang mengatakan pengunjung makin berkurang ke PBAKL..kiraan mengikut 2 tahun lepas (2015 & 2016) nampak berlaku pengurangan yang ketara pada tahun ni.Dari 2,749,119(2015),2,245,599(2016) turun kepada 1,813,138(2017).Satu jumlah yang agak besar.Bagi pandangan aku antara sebabnya kekangan masa.kemungkinan kalau di buat pada hujung tahun atau masa cuti sekolah boleh jadi ramai berpeluang nak pergi.keadaan cuaca pun boleh jadi satu sebabnya.dah selesai shopping banyak buku nak balik tetiba hujan lebat.lagi sadis kalau naik bas atau teksi..sikit sebanyak mood tu memang hilang.penyebab paling ketara adalah kekangan bajet.ni yang pastinya sebab aku yang tak pergi pun terasa sama.banyak benda nak di dahulukan.tambahan lagi bulan puasa nak dekat.kang belanja sakan kat buku mengikat perut pulak masa puasa nanti.
Sejujurnya aku tak pernah pun sampai ke PBAKL.pesta buku area Sabah je aku pernah pergi.PWTC pun tak pernah jejak langsung.sedih betul hidup aku ni.Niat tahun depan nak pergi jugak.Tak dapat pergi pun ada jugak la aku order beberapa buah novel.harga pun sama macam kat sana.terubat la sikit kesedihan tu.chewahh.Dah sampai novel tu nanti aku cerita kat entri lain.
#Kredit untuk abang Naim Tamdjis atas kiraan jumlah pengunjung di PBAKL tu..
Selasa, 9 Mei 2017
AKU DAH KEMBALI !!!
Assalammualaikum
Fuhh lama betul aku tak menaip ni.Kesian pulak rasa dengan blog aku ni.Kalau bernyawa lama dah aku kena tibai sebab abaikan dia macam tu lama..harap penyakit 'M' tu berlalu la dalam diri ni.sambil mengomel dalam ni tengok juga apa yang jadi hari ni kat dinding facebook dengan instagram aku.ada kisah kawan kena tipu beli barang online,anak dah nak start exam,jual produk dan paling best kisah PBAKL..hehe.. Aku kan hantu buku mesti lah cerita tu paling aku suka.nanti aku cerita kat entri lain.dah pukul 3 setengah pagi.mengantuk dah pulak.. Tido dulu.. = =
![]() |
Rindu pulak nak pergi pantai |
Langgan:
Catatan (Atom)