Isnin, 24 September 2018

LIRIK LAGU ANTA PERMANA - DATO' SRI SITI NURHALIZA


                     Assalammualaikum

  
  Lirik Lagu Anta Permana - Dato'Sri Siti Nurhaliza




Bicara minda dendangan hati
Jiwa dan raga yang melengkapi
Bagaikan bagaikan hangat mentari
Cinta yang sejati

Jauh dimata dekat dihati
Jika dirindu jangan curangi
Kemana kemana kan terbawa pergi
Terduga diuji

Ohh bila tersedar semuanya
Sempadan ilusi

Andai bintang kan tak lagi berseri
Janji kasih yang takkan terkhianati
Andai habis nafasku yang terakhir
Masih ku cinta kerna ku pasti
Kau tiada pengganti

Sedangkan lidah tergigit jua
Inikan pula cinta manusia
Melayang melayang dibawah pawana
Iringi cintamu

Ohh bila tersedar semuanya
Sempadan ilusi

Andai bintang kan tak lagi berseri
Janji kasih yang takkan terkhianati
Andai habis nafasku yang terakhir
Masih ku cinta kerna ku pasti
Kau tiada pengganti

Biar dikenang budi kasih dan sayang
Biar biarkan cinta anta permana

Selasa, 7 November 2017

NOVEL PBAKL 2017

                                         Assalammualaikum..       

Fuhh baru dapat jengah blog aku ni..sampai bersawang baru la teringat nak buka laptop.Sebenarnya ada hal yang jadi dalam 3 bulan lepas.Sahabat lama aku meninggal dunia bulan Ogos lepas akibat sakit jantung.masih terasa lagi kehilangan arwah pada aku agak mengejutkan.Aku doakan moga arwah kawan aku di tempatkan di kalangan orang orang yang beriman.Aamiin..

Okey ingat nak sambung balik entri 6 bulan lepas.tapi macam dah lama sangat.hahaha...Dari PBAKL sampai dah nak masuk ke EBM tak lama lagi..untuk kepuasan hati sendiri tetap juga aku nak masukkan. 


Jeng Jeng Jeng Jeng!! Ini je novel yang aku beli masa PBAKL tempoh hari.Ikutkan dalam list banyak lagi yang nak di beli tapi bajet agak sempit bulan tu.hehehe.yang aku beli pun kebanyakan sekuel pada novel sebelum ni dan juga limited edition.


Yang ni pula novel terbaru yang aku beli.makin bertambah pending novel aku.mood membaca agak lari sikit dalam sebulan dua ni..ni pun tengah cuba habiskan baca novel yang beli sebelum ni.Harap habis la sebelum EBM bermula tak lama lagi.list nak beli pun dah ada tu.haha.. ^^                                

Jumaat, 12 Mei 2017

Novel Angker

                                                   Assalammualaikum..


Aku dah baca novel ni 2 tahun lepas.sementara menunggu novel yang di order sampai terus capai novel ni kat rak buku aku.nak review lebih lebih aku tak berapa tahu sangat.hehe.Novel ni ada 2 kisah dari 2 penulis wanita yang memang menarik kisahnya.



 

                                     TAJUK: ANGKER

                                     TERBITAN: CUTE KREATIF (2015)

                                     JUMLAH MUKASURAT: 284


2 cerita yang menarik..Sihir cinta & Ku seru..Sihir cinta mengisahkan tentang Elly yang mengamalkan ilmu hitam demi kepentingannya sendiri.berkahwin dengan Hazrul anak tirinya supaya dia sentiasa kekal muda.Hazrul dapat tau dia terjebak dengan perangkap Elly atas pertolongan Khadeja,wanita yang dia cintai dan terus pergi berubat dengan Imam Hamdan,kawan karib datuknya.tapi tak lama Hazrul & Khadeeja di ganggu semula selepas mereka berkahwin.banyak juga watak yang berkait dalam cerita ni..ada juga part yang wataknya tertukar.baca cerita ni seakan aku baca cerita seram ala 90an..okey la aku bagi 3 ☆☆☆


Ku seru..rasa macam tak puas je baca kisah ni.tentang Danish yang kematian Erin,teman wanitanya akibat kemalangan semasa berlumba motor.masa tu danish ternampak wanita cantik melintas yang mengakibatkan terjadinya kemalangan tu.Danish jadi nanar rindukan Erin..dan satu malam tu dia terdengar bisikan yang dapat menghidupkan Erin semula.tetapi bersyarat..syaratnya Erin tak boleh tengok dan mencium bau darah.Danish setuju dan berkahwin dengan Erin..selepas 2 tahun berkahwin pantang larang yg sepatutnya Erin ikut di langgar akibat kesilapan Danish..Erin hilang masa mengemas barang² basah di dapur.Danish terpaksa memuja balik untuk dapatkan Erin semula.masa tu juga la Danish hilang sampai bertahun lamanya.banyak persoalan cerita ni.dapat tak Ustaz Adli,sepupu Danish & Pak Rohmad menjejaki Danish?apa kaitanya pemujaan Danish dengan kisah lampau Yang Telani?siapa tu Yang Telani?dan kenapa wanita cantik tu tiba tiba muncul dan mengakibatkan Danish kemalangan?apa pun pengajaran yang dapat dalam cerita ni jangan sesekali nak menyekutukan Allah & perbuatan khurafat yang akan menyusahkan diri sendiri bila kita lakukan.untuk cerita ni aku bagi 4 ☆☆☆☆

Khamis, 11 Mei 2017

PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2017

                                                   Assalammualaikum


Alhamdulillah dapat pun merajinkan diri untuk menaip.Harap berterusan sampai hari seterusnya.Okey dalam entri hari tu aku ada sebut pasal PBAKL kan..Dah melabuhkan tirai pun Ahad lepas.Urmm pelbagai ragam dari status Facebook yang rata ratanya dari sahabat dan penulis muncul di newsfeed aku. Ada yang gembira dapat jumpa penulis kesayangan.Ada yang rambang mata bermacam buku yang nak di beli.tambah lagi dengan diskaun yang berbaloi baloi.juling biji mata tau.seronok je tengok walaupun sekadar gambar.hehe.Di samping gembira ada jugak status sentap.Biasa la tu penat bersesak dengan angkut buku kot..dengar ada yang nak borong buku stok tak mencukupi,ada kuota kalau nak beli,staff kurang mesra la.bermacam lagi la kalau cerita berbulan tak habis.haha

 Tu baru dari status ragam.ada juga yang mengatakan pengunjung makin berkurang ke PBAKL..kiraan mengikut 2 tahun lepas (2015 & 2016) nampak berlaku pengurangan yang ketara pada tahun ni.Dari 2,749,119(2015),2,245,599(2016) turun kepada 1,813,138(2017).Satu jumlah yang agak besar.Bagi pandangan aku antara sebabnya kekangan masa.kemungkinan kalau di buat pada hujung tahun atau masa cuti sekolah boleh jadi ramai berpeluang nak pergi.keadaan cuaca pun boleh jadi satu sebabnya.dah selesai shopping banyak buku nak balik tetiba hujan lebat.lagi sadis kalau naik bas atau teksi..sikit sebanyak mood tu memang hilang.penyebab paling ketara adalah kekangan bajet.ni yang pastinya sebab aku yang tak pergi pun terasa sama.banyak benda nak di dahulukan.tambahan lagi bulan puasa nak dekat.kang belanja sakan kat buku mengikat perut pulak masa puasa nanti.

 Sejujurnya aku tak pernah pun sampai ke PBAKL.pesta buku area Sabah je aku pernah pergi.PWTC pun tak pernah jejak langsung.sedih betul hidup aku ni.Niat tahun depan nak pergi jugak.Tak dapat pergi pun ada jugak la aku order beberapa buah novel.harga pun sama macam kat sana.terubat la sikit kesedihan tu.chewahh.Dah sampai novel tu nanti aku cerita kat entri lain.

      #Kredit untuk abang Naim Tamdjis atas kiraan jumlah pengunjung di PBAKL tu..



 

Selasa, 9 Mei 2017

AKU DAH KEMBALI !!!

                                                Assalammualaikum

Fuhh lama betul aku tak menaip ni.Kesian pulak rasa dengan blog aku ni.Kalau bernyawa lama dah aku kena tibai sebab abaikan dia macam tu lama..harap penyakit 'M' tu berlalu la dalam diri ni.sambil mengomel dalam ni tengok juga apa yang jadi hari ni kat dinding facebook dengan instagram aku.ada kisah kawan kena tipu beli barang online,anak dah nak start exam,jual produk dan paling best kisah PBAKL..hehe.. Aku kan hantu buku mesti lah cerita tu paling aku suka.nanti aku cerita kat entri lain.dah pukul 3 setengah pagi.mengantuk dah pulak.. Tido dulu.. =  = 

 Rindu pulak nak pergi pantai

Rabu, 30 November 2016

UPDATE,UPDATE & UPDATE

                                                Assalammualaikum

Lamanya tak taip pape entri..kali terakhir aku menaip pada tahun lepas..nak kata sibuk tak jugak.suka bertangguh ye kot.huhuhu.Datang mood nak menaip bukan main lagi tak sabar nak on laptop.bila dah menghadap taip punya taip kemudian save.login facebook dengan instagram pulak..scroll sana sini tutup laptop..entri blog??tahun sudah baru siap gamaknya..hilang terus semangat nak taip menaip..Tu la susah bila penyakit 'M' ni datang..tu jela untuk hari ni..rajin nanti aku menaip lagi..



TB:Tengah layan drama 'Awak Sangat Nakal' 

Selasa, 20 Januari 2015

FILEM CERITA HANTU MALAYSIA

Hari sabtu lalu lepas balik dr kk adik aku ajak tengok movie..aku pun ok je lar memandangkan xda cerita best kat tv hari tu..bukan tgk kat panggung k..langgan jer kat ASTRO FIRST...so kami berpakat nak tengok cerita seram dan beli lar CERITA HANTU MALAYSIA..

ni poster filem Cerita Hantu Malaysia(sumber dr google)



Cerita dia menarik dan aku dapat rasa keseraman ceta ni masa menontonnya dgn adik aku.cerita ni ada 3 kisah dan 3 kisah tu saling berkaitan dan filem ni di arahkan oleh Pierre Andre..

                             1)JAGA SEKOLAH

                             2)SEWA BAS

                            3)JALAN MATI

Kisah pertama bermulanya di sebuah asrama sekolah yg di katakan berhantu.permulaan cerita aku rasa kelakar dgn watak guard yg di lakonkan oleh Kamarol Yusuf yg tak percaya dgn kewujudan hantu dan cerita2 yg dia dengar dari sekolah tu.part yg dia kena kacau tu serius mmg seram..ada stgh part mirip babak filem seram dari Thailand..

Kisah kedua pula pasal seorang ustaz  dan guru menyewa sebuah bas utk membawa hantu yg ditangkapnya utk di pindahkan ke tempat terpencil di Hutan Grik,Perak.pelik kan penerangan aku..hahaha tapi tu lar yg aku tonton ok..ceta yg ni lagi bertambah seram sebab hanya ustaz dan drebar bas lakonan Kamal Adli je yg ikut misi menghantar hantu2 tu ke Grik..salah satu hantu yg ustaz tu tangkap ada kaitan tau dalam kisah pertama tadi..so nak tau kena tgk lar..kisah kedua ni mengingatkan aku satu cerita yg pernah berlaku di Sabah..sape2 ex student UiTM dgn UMS mesti tau kisah yg aku maksudkan ni..

Kisah terakhir pula pasal 3 sekawan dlm perjalanan nak ke rumah bomoh utk mengubat isteri salah seorg kawan dorg ni sebab kena rasuk..ceta ni aku rasa biasa2 je..mirip cerita seram Indonesia.x bnyk la..ada bbrp part2 yg mirip la..tapi lakonan Leez sebagai isteri pada Mikael Andre berjaya bawak watak mcm tu..seram aku rasa bila tgk muka dia mcm tu..ceta ni pun berkaitan gak dgn kisah pertama dan kedua tadi..dan ada diselitkan sikit pengajaran..


Keseluruhan kisah ni bg aku paling best kisah kedua..btl2 menaikkan bulu roma aku..dan keseluruhan kisah ni berlaku di Perak sebab aku dengar ustaz tu cakap pada drebar bas yg dia baru jer pulihkan satu asrama sekolah di Semanggol..dan Adam Shah(kwn suami Leez,si Mikael Andre) tgh drive menuju ke Grik utk pegi ke rumah bomoh..So apa yg terjadi pada guard yg kena kacau masa dia tgh bertugas?berjaya ke ustaz memindahkan hantu2 tu ke dlm hutan?dan berjaya pulih ke isteri Mikael Andre dari kerasukan?cepat2 lar tgk filem ni kalau nk tau ok..


##Lepas ni nak tgk filem Vila Nabila pulak...