Hah terliur pulak bila ingatkan Asam pedas ni...salah satu makanan favourite aku yg buat aku bertambah2 bila makan..hihi...tapi yg aku nak ceta ni bukan pasal mknan favourite aku tu..tapi pasal drama di SLOT terbaru kat TV3 tu... ASAM PEDAS UNTUK DIA tajuk nyer ye...drama ni di adaptasikan dari novel yg mmg bestseller bertajuk yg sama mcm novel tu yer..mmg ler tajuk kena sama..x kan novel asam pedas buat drama jd ayam masak kicap..kan jauh tersasarnya tu..ish2..
 |
ni larr novel Asam Pedas tu..
|
Novel ni merupakan karya kedua kak Nureen Mirza slps novel DI HATIKU KAU DI SITU..Mmg best aku cakap novel ni..dh 2 kali aku baca novel ni...ni nak masuk kali ke 3 dh...nie sinopsis novel ni:
Aku AININ SOFIYA,hanya seorang pembantu rumah separuh masa.Tugasku bukan setakat mengemas rumah,malah urusan dapur diserahkan kepadaku.Buat pertama kalinya,asam pedasku mendapat pujian.
Dalam diam,aku diintai oleh salah seorang anak majikanku,Ahmad Ziyad.Rupa-rupanya asam pedasku menjadi kegemarannya.Namun tidak kusangka.dia ingin melamarku,hanya kerana ingin membantuku dari segi kewangan.Aku bukan mata duitan!Aku hanya bekerja di rumahnya dengan hasil usahaku sendiri.
Setelah berfikir panjang,aku menerima lamarannya,tetapi dia meletakkan syarat.Perkahwinan ini harus dirahsiakan daripada pengetahuan keluarga dan teman wanitanya.Aku juga tidak dibenarkan hamil.Malah,aku tidak dimaafkan jika perkara itu berlaku.
Sampai bila aku harus berlakon dan menyorok statusku?Jiwaku terseksa menjadi isteri rahsianya walaupun halal di sisi agama.Ziyad seolah olah tidak memahami perasaanku.Hidupku terseksa dengan permainannya sehingga takdir menentukan aku hamil anaknya!
Drama ni dh start minggu lalu lg(10/01)..1st & 2nd episod sgt puas hati bila aku menontonnya...lupa lak..drama ni di lakonkan oleh Syukri Yahya & Dayana Roza.kenal x??x kenal google sendiri k..hahahaha...harap drama ni x lari dr ceta asal dlm novel tu..lau ada pun cuma sikit jer...apa pun jgn lupa tonton episod seterusnya di Slot terbaru TV3 Slot Dahlia,hari Sabtu & Ahad pada jam 7 malam..
TB:AKU LAGI SUKA ASAM PEDAS AYAM DARI IKAN SEBAB AKU X MKN IKAN PUN..